banner

Untitled-1

Kelebihan menempah dari kami

  • Emergency Whatsapp Assistance. Anda boleh menghubungi kami melalui Whatsapp sekiranya berlaku kecemasan. Jadi anda tidak perlu membayar kos panggilan “Roaming” yang mahal ketika kecemasan. Kami juga akan menghubungi anda melalui whatsapp (1) satu hari sebelum tarikh ketibaan untuk memastikan anda memahami prosedur mengambil kereta.
  • Tidak Perlu Kad Kredit. Kami merupakan satu-satunya agensi kereta sewa di Jeju yang menawarkan perkhidmatan tanpa kad kredit.
  • Bayar Dalam  Ringgit Malaysia. Anda boleh membuat bayaran tempahan ke akaun Maybank kami.
  • Rakyat Malaysia. Agensi ini dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

Syarat-syarat umum penyewa dan pemandu

  1. Rakyat Malaysia tidak dibenarkan memandu kenderaan melebihi 9 kerusi.
  2. Mengikut undang-undang Kerajaan Korea Selatan, Warganegara Brunei & Indonesia adalah TIDAK dibenarkan memandu di Korea termasuk Pulau Jeju.
  3. Setiap pemandu wajib memiliki Permit Memandu Antarabangsa (IDP). Permit ini boleh dimohon di mana-mana pejabat JPJ di Malaysia dengan yuran RM150.
  4. Setiap pemandu adalah wajib mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea Selatan.
  5. Sekiranya anda memandu ketika musim salji, anda diwajibkan untuk menyewa rantai salji (Snow chain).
  6. Ketika salji lebat, semua pemandu adalah dilarang untuk memandu di kawasan pergunungan.
  7. Pemandu diwajibkan membayar deposit pendahuluan saman sebanyak RM200. Wang akan dipulangkan sebaik sahaja kami memastikan tiada saman dikenakan ke atas pemandu sepanjang tempoh sewaan. Proses ini akan mengambil masa selewat-lewatnya 2 minggu.

19553958_10211438481130192_5708109814222844618_nShafiq Salimie, 28, Sepang.

Mula-mula booking Avante. Sekali dapat free upgrade Kia K5. Korang menang daebak!

Joned Junaidi, 29, Banting.

Terima kasih Syafiq dari pihak Kereta Sewa Jeju. Alhamdulillah, segala urusan mengambil dan memulangkan kereta semuanya lancar. Sedih sikit sebab deposit saman sy tak dapat refund sebab kena saman. Takpalah salah sendiri. Huhu Sy bagi 5 bintang kat korang.