Antara soalan yang admin sering terima sebelum customer menempah ialah, adakah kami menyediakan English GPS?
Kami tidak menyediakan English GPS.
Ada beberapa syarikat sewa kereta di Jeju yang mengenakan cas tambahan sekiranya anda inginkan English GPS. Tetapi persoalan disini ialah, adakah English GPS mudah diguna dan berfungsi dengan baik di Jeju? Jawapannya ialah tidak. Anda tetap tidak boleh membuat pencarian tempat menggunakan ejaan English, anda perlu menggunakan ejaan bahasa korea barulah “English” GPS tersebut berfungsi. Oleh itu, sama sahaja sama ada English GPS atau Korean GPS, kedua-duanya anda perlu mampu berbahasa Korea.
Jadi bagaimanakah cara untuk menggunakan GPS di Jeju?
Jawapannya ialah dengan memasukkan nombor telefon destinasi anda ke dalam GPS. Mudah saja, di dalam Korean GPS mahupun English GPS anda hanya perlu klik pada ikon “Telefon” dan masukkan nombor telefon destinasi yang ingin dituju. Secara automatik GPS akan mengesan lokasi yang anda masukkan.
Selain itu, applikasi Waze juga boleh digunakan tetapi bagi admin, Korean GPS lah yang paling mudah dan tepat.