Blog

English GPS di Jeju

Antara soalan yang admin sering terima sebelum customer menempah ialah, adakah kami menyediakan English GPS?

Kami tidak menyediakan English GPS.

Ada beberapa syarikat sewa kereta di Jeju yang mengenakan cas tambahan sekiranya anda inginkan English GPS. Tetapi persoalan disini ialah, adakah English GPS mudah diguna dan berfungsi dengan  baik di Jeju? Jawapannya ialah tidak. Anda tetap tidak boleh membuat pencarian tempat menggunakan ejaan English, anda perlu menggunakan ejaan bahasa korea barulah “English” GPS tersebut berfungsi. Oleh itu, sama sahaja sama ada English GPS atau Korean GPS, kedua-duanya anda perlu mampu berbahasa Korea.

Jadi bagaimanakah cara untuk menggunakan GPS di Jeju?

Jawapannya ialah dengan memasukkan nombor telefon destinasi anda ke dalam GPS. Mudah saja, di dalam Korean GPS mahupun English GPS anda hanya perlu klik pada ikon “Telefon” dan masukkan nombor telefon destinasi yang ingin dituju. Secara automatik GPS akan mengesan lokasi yang anda masukkan.

Selain itu, applikasi Waze juga boleh digunakan tetapi bagi admin, Korean GPS lah yang paling mudah dan tepat.

 

 

 

10 Perkataan Asas Bahasa Korea Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Korea

Perkara yang paling penting yang perlu kita ketahui sebelum melancong ke Korea adalah belajar perkataan asas bahasa Korea. Orang Korea majoritinya kurang fasih berbahasa Inggeris, jadi agak sukar bagi pelancong asing seperti kita untuk berkomunikasi dengan mereka terutama sekali apabila ingin membeli barang. Mari belajar 10 perkataan asas Korea sebelum kita ke sana!

  1. 안녕하세요. Annyeonghaseyo (Hello/Hi)

Maksudnya Hai, Apa Khabar atau Selamat Pagi. Biasanya perkataan ini digunakan jika anda ingin menyapa seseorang. Ramai yang membuat silap dengan hanya menyebut ‘Annyeong’ kerana ‘Annyeong’ hanya sesuai digunakan jika anda betul-betul rapat dengan orang tersebut. Tetapi untuk menyapa orang yang baru anda kenali atau untuk menyapa orang-orang lebih tua, anda perlu menyebut ‘Annyeonghaseyo’.

  1. 맛있어요! Masshissuhyo! (Sedap!)

Bermaksud sedap. Kalau anda rasa makanan di Korea itu menepati citarasa anda dan sedap, perkataan ini amat sesuai digunakan.

  1. 도와주세요. Dowa Juseyo (Sila Bantu Saya)

‘Sila bantu saya’. Kebiasaanya perkataan ini digunakan jika anda ingin meminta bantuan daripada orang di Korea.

  1. 여기 어디에요? Yeohgi Uhdi Yaeyo? (Ini Di Mana? / Saya Di Mana?)

Jika anda sesat, anda boleh menggunakan perkataan ini untuk bertanya di manakah lokasi sebenar anda berada. Perkataan tersebut bermaksud ‘Saya di mana?’. Ataupun jika anda ingin ke sesuatu tempat, anda boleh juga tunjukkan lokasi gambar / alamat tempat tersebut dan tanya mereka ‘Yeohgi Uhdi Yaeyo?’ yang bermaksud ‘ini di mana?’

  1. 얼마에요? Ulma aeyo? (Berapa Harga Barang Ini?)

Apabila anda membeli barang di Korea, perkara paling utama yang berada dalam fikiran anda ialah tentang harga barang berkenaan. Maksudnya ialah ‘Berapa harga barang ini?’ Jadi, anda bolehlah menggunakan perkataan tersebut untuk bertanyakan harga barang yang ingin dibeli.

  1. 감사합니다. Kamsahamnida (Terima Kasih)

Orang Korea jenis yang berbudi bahasa. Perkataan yang paling kerap and akan dengar di sana ialah ‘kamsahamnida’ yang bermaksud ‘terima kasih’.

  1. 죄송합니다. Jusong hamnida (Saya Minta Maaf)

‘Jusong hamnida’ pula bermakna ‘maafkan saya’. Korea merupakan tempat yang sibuk dan padat dengan penduduknya terutama sekali di Seoul, anda boleh menggunakan perkataan ini jika anda terlanggar seseorang ataupun ketika anda ingin meminta ruang untuk berjalan.

  1. 영어 하세요? Yonguh haseyo? (Adakah Awak Tahu Berbahasa Inggeris?)

Semestinya kita sebagai pelancong kita tidak pandai berbahasa Korea. Oleh itu, anda boleh mencuba nasib dengan bertanyakan soalan tersebut kepada orang Korea yang bermaksud ‘Adakah awak tahu berbahasa Inggeris?’

  1.  주세요. Mool juseyo (Tolong Berikan Saya Air)

Jika anda ke restoran dan anda ingin meminta air, anda boleh menggunakan perkataan tersebut untuk meminta air yang bermaksud ‘Tolong berikan saya air’

10. 고기있어요?. Kogi Isoyo? (Adakah Makanan Ini Mengandungi Daging?)

Jika anda ingin membeli makanan di kedai dan ingin memastikan samada makanan tersebut mengandungi daging atau tidak, anda boleh bertanya kepada orang kedai soalan tersebut yang bermaksud ‘adakah makanan ini mengandungi daging?’

 

Tips memandu di Jeju

Memandu di Korea Selatan banyak berbeza dengan memandu di Malaysia. Hal ini kerana pemanduan di Jeju adalah bersistemkan “left hand drive” iaitu memandu di sebelah kiri. Admin kami berpengalaman selama 2 tahun memandu di Jeju, berikut perkongsian beliau.

  1. Pemandu Korea memandu dengan kasar dan kurang bertolak ansur. Sekiranya anda ingin membelok, pastikan anda telah berada di lorong paling dekat dengan simpang. Contohnya, Sekiranya ingin membelok kanan, pastikan anda bertukar ke lorong paling kanan dari awal lagi. Sekiranya terlambat sudah pasti tiada pemandu yang akan memberikan anda laluan untuk bertukar ke lorong paling kanan. Bila ini berlaku, sebaiknya anda terus memandu dan cari laluan lain atau membuat pusingan U.
  2. Di lampu isyarat. sekiranya anda ingin membelok kanan, anda tidak perlu berhenti untuk menunggu lampu hijau. Anda boleh terus membelok walaupun lampu isyarat merah. Kalau anda berhenti mesti akan kena marah dengan kenderaan di belakang anda.
  3. Di lampu isyarat, sekiranya anda ingin jalan terus, jangan berhenti di lorong kanan. Walaupun mengikut undang-undang lorong kanan tersebut dibolehkan untuk terus atau membelok, tetapi orang Korea sangat pantang jika anda tidak memberi laluan kepada pemandu lain yang ingin membelok ke kanan.
  4. Bertolak ansur. Sekiranya anda melalui jalan sempit dan bertembung dengan kenderaan dari hadapan, berilah laluan kepada mereka. Tidak perlu pertahankan hak laluan siapa, biarkan saja mereka menang.
  5. Berhati-hati dengan had kelajuan. Di Jeju, kamera had laju dipasang merata-rata tempat. Terutama di kawasan sekolah. Di kawasan sekolah, jika anda melebihi had walau hanya 5km/jam sekalipun akan disaman. Pihak kerajaan Korea amat memberatkan keselamatan pelajar mereka.
  6. Sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, jangan perlahankan kenderaan semata-mata untuk menyaksikan kejadian. Ini bukan budaya di Korea. Mereka buat mereka sendiri saja.
  7. Pastikan anda menyewa kenderaan dengan insurans. Kadar kemalangan di Jeju adalah antara yang tertinggi di Korea. Elakkan risiko menanggung rugi besar sekiranya terlibat dengan kemalangan.
  8. Jangan meletakkan kenderaan di kawasan orang cacat. Walaupun parking lot tersebut kosong, jangan sekali-kali parking di kawasan orang cacat.
  9. Matikan enjin sekiranya berhenti di kawasan gunung Hallasan. Di gunung hallasan, terdapat banyak tumbuh-tumbuhan yang sangat sensitif terhadap pencemaran. Untuk menjaga habitat spesis-spesis, banyak kawasan di sekitar gunung Hallasan diharamkan untuk berhenti tanpa mematikan enjin.
  10. Fahami kontrak sewaan kereta anda. Semua kenderaan sewa di Pulau Jeju menawarkan insurans separuh atau insurans penuh. Insurans penuh bukan bermaksud sekiranya berlaku kemalangan anda lansung tidak perlu membayar apa-apa kerugian. Setiap syarikat kereta sewa menetapkan kadar kerugian yang tidak perlu ditanggung oleh pemandu sekiranya berlaku kemalangan dan kerosakkan pada kenderaan. Majoriti syarikat kereta sewa di Pulau Jeju menawarkan kadar kerugian yang tidak perlu ditanggung oleh anda sebanyak 3,000,000 won bagi insurans penuh dan 1,500,000 won bagi insurans separuh. Sekiranya kerosakkan melebihi jumlah tersebut, anda perlu bayar.

Cara sewa kereta di Pulau Jeju

the-road-autumn-16517219-1280-960-1

Saiz Pulau Jeju adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding Seoul. Tidak seperti Seoul, Pulau Jeju tidak mempunyai train & metro subway. Kawasan tarikan pelancong adalah jauh dan terpisah dari jaringan pengangkutan awam. Bas awam pula tidak sesuai digunakan oleh pelancong kerana jarak kawasan tarikan pelancong yang jauh dari satu tempat ke satu tempat & halangan bahasa. Oleh itu, kereta sewa merupakan pengangkutan utama para pelancong yang melawat Pulau Jeju terutama sekali anda yang mempunyai masa percutian yang terhad.

Cara paling mudah untuk menyewa kereta ialah melalui keretasewajeju.com . Pertama, sebab kami ni rakyat Malaysia, jadi mudah untuk berkomunikasi dengan anda. Kedua, harga yang ditawarkan di keretasewajeju.com adalah lebih murah berbanding laman web lain contohnya rentalcars.com. Bukan murah sikit tau, tapi murah banyak. Hampir RM100-RM200 lebih murah. Ketiga, anda boleh bayar online je menggunakan maybank2u, cimbclicks dan lain-lain perbankan online kat Malaysia ni. Keempat, tak perlu kad kredit dan bayaran dalam matawang ringgit Malaysia je.

Apa yang diperlukan untuk menyewa kereta?

  1. International Driving license. Ini korang boleh apply dekat mana-mana pejabat JPJ dengan yuran RM150.
  2. Passport

Di mana nak pick up kereta?

Sebaik saja sampai di airport Jeju, anda perlu ke Rent A Car house di luar airport. Dekat situ ada banyak free shuttle bus yang akan bawa anda ke pejabat Syarikat Kereta Sewa. Tak perlu risau sebab keretasewajeju.com akan arrange semua untuk anda. Hanya pastikan bawa dokumen yang lengkap sebab kalau takda dokumen, memang tak dapat nak ambil kereta. Yang paling penting sekali, pastikan anda sewa kereta sekali dengan insurans untuk peace of mind.