Tips memandu di Jeju

Memandu di Korea Selatan banyak berbeza dengan memandu di Malaysia. Hal ini kerana pemanduan di Jeju adalah bersistemkan “left hand drive” iaitu memandu di sebelah kiri. Admin kami berpengalaman selama 2 tahun memandu di Jeju, berikut perkongsian beliau.

  1. Pemandu Korea memandu dengan kasar dan kurang bertolak ansur. Sekiranya anda ingin membelok, pastikan anda telah berada di lorong paling dekat dengan simpang. Contohnya, Sekiranya ingin membelok kanan, pastikan anda bertukar ke lorong paling kanan dari awal lagi. Sekiranya terlambat sudah pasti tiada pemandu yang akan memberikan anda laluan untuk bertukar ke lorong paling kanan. Bila ini berlaku, sebaiknya anda terus memandu dan cari laluan lain atau membuat pusingan U.
  2. Di lampu isyarat. sekiranya anda ingin membelok kanan, anda tidak perlu berhenti untuk menunggu lampu hijau. Anda boleh terus membelok walaupun lampu isyarat merah. Kalau anda berhenti mesti akan kena marah dengan kenderaan di belakang anda.
  3. Di lampu isyarat, sekiranya anda ingin jalan terus, jangan berhenti di lorong kanan. Walaupun mengikut undang-undang lorong kanan tersebut dibolehkan untuk terus atau membelok, tetapi orang Korea sangat pantang jika anda tidak memberi laluan kepada pemandu lain yang ingin membelok ke kanan.
  4. Bertolak ansur. Sekiranya anda melalui jalan sempit dan bertembung dengan kenderaan dari hadapan, berilah laluan kepada mereka. Tidak perlu pertahankan hak laluan siapa, biarkan saja mereka menang.
  5. Berhati-hati dengan had kelajuan. Di Jeju, kamera had laju dipasang merata-rata tempat. Terutama di kawasan sekolah. Di kawasan sekolah, jika anda melebihi had walau hanya 5km/jam sekalipun akan disaman. Pihak kerajaan Korea amat memberatkan keselamatan pelajar mereka.
  6. Sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, jangan perlahankan kenderaan semata-mata untuk menyaksikan kejadian. Ini bukan budaya di Korea. Mereka buat mereka sendiri saja.
  7. Pastikan anda menyewa kenderaan dengan insurans. Kadar kemalangan di Jeju adalah antara yang tertinggi di Korea. Elakkan risiko menanggung rugi besar sekiranya terlibat dengan kemalangan.
  8. Jangan meletakkan kenderaan di kawasan orang cacat. Walaupun parking lot tersebut kosong, jangan sekali-kali parking di kawasan orang cacat.
  9. Matikan enjin sekiranya berhenti di kawasan gunung Hallasan. Di gunung hallasan, terdapat banyak tumbuh-tumbuhan yang sangat sensitif terhadap pencemaran. Untuk menjaga habitat spesis-spesis, banyak kawasan di sekitar gunung Hallasan diharamkan untuk berhenti tanpa mematikan enjin.
  10. Fahami kontrak sewaan kereta anda. Semua kenderaan sewa di Pulau Jeju menawarkan insurans separuh atau insurans penuh. Insurans penuh bukan bermaksud sekiranya berlaku kemalangan anda lansung tidak perlu membayar apa-apa kerugian. Setiap syarikat kereta sewa menetapkan kadar kerugian yang tidak perlu ditanggung oleh pemandu sekiranya berlaku kemalangan dan kerosakkan pada kenderaan. Majoriti syarikat kereta sewa di Pulau Jeju menawarkan kadar kerugian yang tidak perlu ditanggung oleh anda sebanyak 3,000,000 won bagi insurans penuh dan 1,500,000 won bagi insurans separuh. Sekiranya kerosakkan melebihi jumlah tersebut, anda perlu bayar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s