10 Perkataan Asas Bahasa Korea Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Korea

Perkara yang paling penting yang perlu kita ketahui sebelum melancong ke Korea adalah belajar perkataan asas bahasa Korea. Orang Korea majoritinya kurang fasih berbahasa Inggeris, jadi agak sukar bagi pelancong asing seperti kita untuk berkomunikasi dengan mereka terutama sekali apabila ingin membeli barang. Mari belajar 10 perkataan asas Korea sebelum kita ke sana!

  1. 안녕하세요. Annyeonghaseyo (Hello/Hi)

Maksudnya Hai, Apa Khabar atau Selamat Pagi. Biasanya perkataan ini digunakan jika anda ingin menyapa seseorang. Ramai yang membuat silap dengan hanya menyebut ‘Annyeong’ kerana ‘Annyeong’ hanya sesuai digunakan jika anda betul-betul rapat dengan orang tersebut. Tetapi untuk menyapa orang yang baru anda kenali atau untuk menyapa orang-orang lebih tua, anda perlu menyebut ‘Annyeonghaseyo’.

  1. 맛있어요! Masshissuhyo! (Sedap!)

Bermaksud sedap. Kalau anda rasa makanan di Korea itu menepati citarasa anda dan sedap, perkataan ini amat sesuai digunakan.

  1. 도와주세요. Dowa Juseyo (Sila Bantu Saya)

‘Sila bantu saya’. Kebiasaanya perkataan ini digunakan jika anda ingin meminta bantuan daripada orang di Korea.

  1. 여기 어디에요? Yeohgi Uhdi Yaeyo? (Ini Di Mana? / Saya Di Mana?)

Jika anda sesat, anda boleh menggunakan perkataan ini untuk bertanya di manakah lokasi sebenar anda berada. Perkataan tersebut bermaksud ‘Saya di mana?’. Ataupun jika anda ingin ke sesuatu tempat, anda boleh juga tunjukkan lokasi gambar / alamat tempat tersebut dan tanya mereka ‘Yeohgi Uhdi Yaeyo?’ yang bermaksud ‘ini di mana?’

  1. 얼마에요? Ulma aeyo? (Berapa Harga Barang Ini?)

Apabila anda membeli barang di Korea, perkara paling utama yang berada dalam fikiran anda ialah tentang harga barang berkenaan. Maksudnya ialah ‘Berapa harga barang ini?’ Jadi, anda bolehlah menggunakan perkataan tersebut untuk bertanyakan harga barang yang ingin dibeli.

  1. 감사합니다. Kamsahamnida (Terima Kasih)

Orang Korea jenis yang berbudi bahasa. Perkataan yang paling kerap and akan dengar di sana ialah ‘kamsahamnida’ yang bermaksud ‘terima kasih’.

  1. 죄송합니다. Jusong hamnida (Saya Minta Maaf)

‘Jusong hamnida’ pula bermakna ‘maafkan saya’. Korea merupakan tempat yang sibuk dan padat dengan penduduknya terutama sekali di Seoul, anda boleh menggunakan perkataan ini jika anda terlanggar seseorang ataupun ketika anda ingin meminta ruang untuk berjalan.

  1. 영어 하세요? Yonguh haseyo? (Adakah Awak Tahu Berbahasa Inggeris?)

Semestinya kita sebagai pelancong kita tidak pandai berbahasa Korea. Oleh itu, anda boleh mencuba nasib dengan bertanyakan soalan tersebut kepada orang Korea yang bermaksud ‘Adakah awak tahu berbahasa Inggeris?’

  1.  주세요. Mool juseyo (Tolong Berikan Saya Air)

Jika anda ke restoran dan anda ingin meminta air, anda boleh menggunakan perkataan tersebut untuk meminta air yang bermaksud ‘Tolong berikan saya air’

10. 고기있어요?. Kogi Isoyo? (Adakah Makanan Ini Mengandungi Daging?)

Jika anda ingin membeli makanan di kedai dan ingin memastikan samada makanan tersebut mengandungi daging atau tidak, anda boleh bertanya kepada orang kedai soalan tersebut yang bermaksud ‘adakah makanan ini mengandungi daging?’

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s